0 NotaKakiLogo



[Read More...]




La Tahzan - Heliza Helmi Official Video (Gaza)
[Read More...]


1 Tahap kualiti air di Batu Ferringhi





[Read More...]


1 Gambar Neelofa Di Sekolah MRSM Langkawi



Gambar Neelofa Kembali Ke MRSM Langkawi. Pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sempat mengimbau kembali kenangan ketika di sekolah menengahnya, di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi baru-baru ini.

Neelofa, 24, adalah merupakan salah seorang pelajar bijak apabila dia berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2006 dengan meraih 10A1.


Semasa membuat rakaman untuk program Nona di sana, dia sempat juga singgah ke sekolah lamanya kan. Baguslah, boleh ingat semula kenangan serta memori lama yang pernah terpahat suatu ketika dulu kan. Jom layan gambar-gambar Neelofa di sekolahnya itu.







Sumber: Instagram Neelofa

[Read More...]


0 Bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu Terbakar (12 Gambar)



UMT Kecoh Bilik Naib Canselor Terbakar. KUALA TERENGGANU: Tiga anggota bomba dan penyelamat cedera apabila memadam kebakaran di bangunan canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pagi tadi. 

Difahamkan ketika mereka sedang memadam sisa kebakaran, tiba-tiba kerangka sokongan bumbung bangunan runtuh menyebabkan tiga dari lapan anggota yang sedang berada di tingkat tiga itu cedera. 



“Salah seorang kena hempap sikit dengan bumbung yang roboh. Dua lagi hanya calar-calar, tetapi keadaan mereka tidak serius. Mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapat rawatan,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Md Salleh Sarbini.

Kebakaran yang bermula kira-kira 11.30 pagi itu dipercayai mula merebak dari bilik naib canselor di tingkat tiga.

Beliau berkata hampir 90 peratus kawasan di tingkat tiga itu terbakar namun puncanya belum dapat dipastikan.

Seorang kakitangan Lailatul Akmal Abdul Rahman berkata dia yang sedang berada di tingkat dua terdengar bunyi loceng kecemasan tetapi menyangka ia hanya latihan kebakaran.


“Masa itu saya terus buat kerja sebab tidak nampak apa-apa yang pelik, tetapi tidak lama lepas itu, saya dengar rakan-rakan lain menjerit suruh saya keluar.

“Bila berkumpul di luar bangunan, baru saya nampak asap tebal dan tidak lama lepas itu terdengar bunyi benda meletup,” katanya.

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Mohd Effendi Abdul Wahid berkata antara yang terbakar ialah bilik naib canselor, bilik mesyuarat, bilik fail dan dua bilik pegawai tadbir.

Katanya sewaktu kebakaran terdapat sembilan kakitangan sedang bertugas sementara naib canselor sedang berada di luar negara.










[Read More...]


0 (VIDEO) Tukang Urut Nyaris Terlondeh Tuala Ketika Diserbu



Tukang urut nyaris terlondeh tuala ketika diserbu. Dengan gaji RM1000, seorang warga emas berusia 64 tahun sanggup bekerja sebagai penjaga luar pintu pusat pelacuran. Berbekalkan walkie talkie, pergerakan pihak berkuasa diperhatikan melalui maje luar premis.

Namun, hasil risikan dan penyamaran polis kegiatan itu berjaya dibongkar polis dalam satu serbuan malam tadi. Ternyata aktiviti persundalan ada di dalam premis satu tingakat ini selepas beberapa pasangan di cekup ketika sedangan melakukan seks.


Lima GRO warga asing di cekup dalam serbuan di dua premis di Bukit Rahman Putera Sungai Buloh malam tadi. Dalam serbuan yang dilakukan unit risikan dan operasi perancang pencegahan jenayah IPK Selangor yang di ketuai oleh Insp. Emmi Shah Fadhil turut menemui rumah penginapan GRO terbabit.

Pemeriksaan lanjut, polis menemui kondom yang dibuangakan dalam lubang jamban dan sebungkus kondom tidak digunakan ditemui semakan empat wanita warga vietnam tidak memiliki paspot manakala seorang darinya warga Thailand. Dua penjaga premis berusia 30 hingga 62 tahun ditahan. Soal siasat mendapati bayaran seks dikenakan 130 ringgit sekali perkhidmatan.

Tawaran seks pula dipromosikan melalui pemilihan gambar pelacur berpakian seksi. Sindikit dipercayahi beroperasi dari pukul 12 tengah hari sehingga 3 pagi yang mengaut keuntungan dari 7 pelanggan untuk seorang pelacur.

Kesemua wanita 20 hingga 30 tahun itu di bawah IPD Sungai Buloh untuk tindakan lajut.


[Read More...]


0 Gambar Nabila Huda Bersama Anaknya Kiesha



Gambar Kiesha, Anak Nabila Huda. Gambar ini adalah gambar Nabila Huda bersama-sama dengan anak sulungnya, Kiesha hasil perkahwinannya dengan Zaidi yang pada umumnya mereka sudah bercerai pada awal bulan Ogos 2011 yang lalu. Beberapa gambar dimuatnaik oleh Nabila menampakkan mereka begitu erat sekali hubungannya.






kredit: izyan.com
[Read More...]


0 Rozita Che Wan Dikritik Peminat Pakai Skirt Pendek



Pakai Skirt Pendek, Che Ta Dikritik Peminat. Sejak menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama, setiap gerak geri dan tingkah laku Zain Saidin dan Che Ta semakin menjadi bualan hangat di kalangan pihak media dan juga peminat-peminat industri hiburan tempatan.


Terbaru menerusi laman Instagram milik Zain Saidin, pelakon ini telah memuat naik sekeping foto mesranya bersama kekasih hati dan menerusi foto yang dipaparkan, Rozita Che Wan pada ketika itu sedang memakai skirt pendek sehingga menampakkan bahagian pehanya sewaktu duduk berbual bersama Zain di atas sebuah sofa.

Berikutan foto ‘manja’ Che Ta tersebut, pelakon wanita ini telah mendapat kritikan hebat oleh segelintir peminat sehingga ada yang melahirkan rasa malu melihat penampilan Che Ta sebegitu.


Dalam pada itu, ada juga peminat yang menyokong hubungan mesra kedua-dua pelakon ini dan  mendoakan kebahagian mereka berpanjangan hingga ke peringkat seterusnya.


Sumber : Instagram Zain Saidin

[Read More...]


1 Sari Yanti Cantik Bertudung (4 Gambar)



Gambar Sari Yanti Bertudung. Pelakon drama yang terkenal suatu masa dahulu, Kisah Kaisara di TV3, Sari Yanti kini dikatakan sedang berusaha kepada pemakaian bertudung. Namun tidak lagi untuk digunakan setiap hari, memandangkan gambar-gambar terbaharunya di Instagram miliknya masih lagi tidak bertudung.

Kadang-kadang sahaja dia bertudung. Tapi baguslah kalau macam itu, mungkin Sari mahu belajara perlahan-lahan terlebih dahulu.





[Read More...]


1 Gambar Irma Hasmie Kini Sarat Mengandung



Irma Hasmie Bakal Bergelar Ibu 29 Mac Ini. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar sudah masuk bulan ke 9 kehamilan pelakon kesayangan ramai, Irma Hasmie. Pasti Irma sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bergelar ibu. Menurut Irma, dia dijadualkan untuk melahirkan anak sulungnya pada 29 Mac ini.


Kalau anak lelaki, pasti sekacak ayahnya. Kalau anak perempuan, pasti secomel ibunya. Pastinya suami Irma, Redza Syah pun sedang teruja menanti kelahiran anak sulung mereka. Semoga segalanya dipermudahkan buat pasangan yang sangat-sangat sweet ini. 6 lagi gambar terbaru Irma Hasmie dan suami dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Redza Syah.








[Read More...]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors